Luban merupakan damar yang kering dari pokok Boswellia yang banyak terdapat di kawasan2 yang kering dan beriklim panas . Pokoknya mampu hidup di tempat yang kering kontang dan panas. pokoknya teramat tahan lasak sehingga ia mampu tumbuh di celah2 batu-batu. Keadaan tanah di kawasan timur tengah khususnya dan beberapa kawasan2 lain yang kering menyebabkan herba2 Arab dan luban khususnya mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi berbanding herba2 di Negara kita. Walaupun terdapat pelbagai jenis herba di Negara kita tetapi ia mempunyai kandungan air yg lebih tinggi berikutan keadaan tanah yg kurang elok. Hal ini memberi kesan kepada kemujaraban herba itu sendiri.