BIOGRAFI PENGASAS
Diasaskan oleh Ustaz Azhar Ramli. Beliau merupakan penceramah agama dan pengkuliah kitab secara talaqi di masjid-masjid. Beliau merupakan seorang pengamal makanan LUBAN bermula tahun 2001 lagi. Kemudianya timbul idea untuk terlibat secara langsung menghasilkan produk berasaskan LUBAN bermula pada awal tahun 2008. Berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang perniagaan herba dan sedikit ilmu berkaitan perubatan islam dan pemakanan Sunnah, beliau terus mengorak langkah menghasilkan produk P’TAR terapi minda dan saraf berasaskan LUBAN pada pertengahan tahun 2011.
INFO SYARIKAT
Khaz Barakah merupakan singkatan daripada Khazanah Azhariyah Barakah yang membawa maksud simpanan Herba Azhar yang berkat.Mula ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mei 2011. Khaz Barakah beroperasi sebagai pengeluar utama produk makanan tambahan yang berasaskan Luban,salah satu makanan sunnah yang masyhur,diamalkan oleh para ulama' zaman berzaman. Bermula sebagai perusahaan industri kecil-kecilan di rumah dan kini KBE telah mengorak langkah dengan membuat usahasama dengan DZ Trade Sdn.Bhd. bagi urusan pembungkusan dan pembotolan. Ramuan produk PTAR™ dirumus dan diformulasikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Ramli yang diadoptasikan berdasarkan kitab - kitab perubatan Islam yang muktabar. Menyedari potansi produk ini dan permintaan yang semakin menggalakkan, KBE berusaha untuk meningkat pengeluaran produk daripada 2000 botol sebulan kepada 5000 botol sebulan.
Selain itu juga Unit Pembangunan Insan (UPI) Khaz Barakah berfungsi sebagai konsultan dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan usahawan Muslim, program motivasi pelajar, kem ulama’ disanjung Syariah dijunjung, menyediakan kertas kerja cadangan penubuhan Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam dan juga mengadakan kursus dan motivasi kepada guru-guru Tadika dan Sekolah Rendah Islam Swasta.

JENIS PERNIAGAAN KHAZ BARAKAH
Khaz Barakah Enterprise menjalankan sistem perniagaan “network trading” bagi memasarkan produk yang dikeluarkan oleh KBE sendiri. Sistem gabungan antara jaringan dan “conventional trading.” Ini bertujuan bagi memastikan perniagaan KBE akan berterusan dan mempunyai legasinya yang tersendiri.
Dengan meletakkan harga yang mesra pelanggan dan mampu milik, KBE berpuas hati dan lebih memfokuskan kepada perkhidmatan selepas jualan dan perkhidmatan dan latihan kepada pengedar KBE. Harga sebotol RM49.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM54.00 bagi Sabah dan Sarawak merupakan harga jualan yang mesra pelanggan dan mampu milik. KBE juga mementingkan maklumbalas daripada para pelanggan dan pengedar bagi membuatkan tanda aras kemajuan dan perkembangan syarikat.