PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK PADA USIA 0-6 TAHUN
Bahasa Reseptif (belajar mendengar dan memahami bahasa) Anak mula belajar tentang bahasa sebaik sahaja dia dilahirkan. Malah bayi yang baru dilahirkan menyedari dan berkebolehan untuk mendengar. Mereka mendengar suara ibu dan bapa serta orang-orang yang berada di persekitaran mereka. Bayi akan menyentakkan atau menangis jika terdapat bunyi yang tidak dijangka. Bunyi yang kuat boleh membangunkan mereka, dan mereka belajar untuk bertindak balas kepada bunyi.
Di antara usia 0 - 3 bulan bayi belajar untuk menoleh apabila kita bercakap dengan mereka, dan tersenyum apabila mereka mendengar suara kita. Malah, mereka seolah-olah mengenali suara yang familiar, dan berhenti menangis. Bayi di bawah usia 3 bulan juga akan menghentikan aktiviti mereka dan cuba fokus kepada bunyi suara yang tidak dikenali. Mereka sering bertindak balas terhadap bunyi yang menenangkan samada bunyi itu familiar atau tidak.
Di antara usia 4 - 6 bulan, bayi bertindak balas terhadap perkataan "tidak". Mereka juga responsif kepada perubahan dalam nada suara kita, dan juga kepada bunyi selain daripada percakapan. Sebagai contoh, mereka boleh terpesona dengan mainan dan objek lain yang mengeluarkan bunyi,
Bahasa Ekspresif (belajar bercakap dan menggunakan bahasa) Bayi yang baru lahir mengeluarkan bunyi untuk memberitahu kita bahawa mereka mengalami keseronokan atau kesakitan.
Pada usia 0 - 3 bulan, bayi berkebolehan untuk mengukir senyuman apabila terpandang kita. Mereka mengulangi bunyi "Coos dan goos" apabila berpuas hati. Manakala tangisan mereka memberitahu bahawa mereka memerlukan sesuatu seperti mereka menangis apabila lapar, tidak selesa, mengantuk dan sebagainya.
Pada usia 4 - 6 bulan, bayi mampu membuat bunyi “gurgling” atau mengagah ketika kita bermain dengan mereka atau ketika mereka berasa selesa dan gembira. Bunyi ini kedengaran seolah-olah mereka sedang “bercakap”. Bayi mampu memberitahu kita, dengan menggunakan bunyi atau isyarat bahawa mereka mahukan sesuatu, atau mahu kita melakukan sesuatu. Mereka boleh membuat bunyi "mendesak" bagi merangsang kita untuk membuat tindakan segera.
Aktiviti dan bermain bersama bayi Ketika bayi belajar untuk bercakap, pastikan kita memberi respon. Tenangkan bayi dengan suara dan kata-kata yang lembut. Kita boleh meniru dan membuat bunyi sepertinya - ini adalah cara yang menyeronokkan untuk menggalakkan bayi untuk membuat lebih banyak bunyi.
Berikut adalah beberapa tips lain untuk memupuk perkembangan bahasa:
Bercakap dengan menggunakan bahasa yang lembut dan selesa .
Bersenandung dan menyanyikan lagu-lagu yang lembut .
Membaca buku dan bercerita kepada bayi. Ia tidak terlalu awal untuk memula dan memperkenalkan buku kepadanya.
Bermain-main dengan bayi ( ciku cak , meniru bunyi bayi, menggeletek lembut, menggoyangkan alat-alat mainan yang berbunyi, dan lain-lain ).
Bercakap dengan bayi tentang apa yang kita sedang lakukan ( memandikannya, memakaikan pakaiannya , menyalin lampin, dan lain-lain ).
Menyebut dan memanggil nama bayi.
Pastikan bayi dapat melihat wajah kita ketika sedang bercakap dengannya.
Bercakap dengan tenang tentang apa yang kita fikir bayi sedang cuba untuk memberitahu kita dengan tangisan dan agahannya.
Membaca kepada bayi
Ia tidak terlalu awal untuk membaca kepada bayi. Malah bayi yang baru lahir akan mendapat manfaat daripada mendengar bacaan yang bersuara daripada ibu atau bapa . Mendengar percakapan kita boleh membantu bayi untuk membangunkan dan mengembangkan bahasanya.
~CREDIT TO : IBUBAPA CEMERLANG 2012~
ANAK GAGAP?
Ramai ibu bapa bimbang dan percaya bahawa anak mereka mempunyai masalah gagap . Belajar bercakap mengambil masa dan kanak-kanak sering mengalami kesukaran pada mulanya. Seorang kanak-kanak yang gagap ketika bercakap bukanlah bermakna dia kurang bijak daripada kanak-kanak lain . Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar dan keupayaan yang berbeza.
Gagap sementara adalah normal kanak-kanak yang berumur di antara 2 - 4 tahun menyebut perkataan yang sama berulang-ulang di dalam satu ayat. Ia adalah satu fenomena yang tidak mampu dikawal oleh anak pada usia tersebut dan ianya bersifat sementara. Ia biasanya akan berakhir dengan sendiri. Tiada siapa yang tahu dengan pasti sebab di sebalik kegagapan. Ramai pakar percaya bahawa kanak-kanak mungkin berfikir lebih cepat daripada bercakap. Kita mungkin perasan bahawa anak kita mengulangi perkataan yang sama apabila dia berasa penat atau apabila banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama. Satu perubahan dalam rutin biasa seperti kehadiran adik baru juga boleh mencetuskan atau memburukkan kegagapan anak.
Jika anak kita tidak menyedari bahawa dia menyebut satu perkataan berulang kali, yang terbaik dilakukan ialah elakkan daripada memberi tumpuan atau perhatian kita mengenai isu itu. Kita juga perlu menghalang orang lain yang berada di persekitaran seperti adik beradik dan saudara mara untuk tidak menyebut apa-apa mengenai kegagapan tersebut.
Bagaimana untuk membantu anak yang gagap
Jangan sekali-kali menjerit kepada anak dan jangan sekali-kali menghukumnya kerana kegagapan tersebut.
Bercakap dengan anak dengan tenang dan mendengar kata-katanya dengan penuh perhatian tanpa fokus kepada kegagapannya .
Jangan meminta dia mengulangi . Menurut kebanyakan pakar, kita tidak perlu menasihati anak untuk memperlahankan percakapannya dan kita juga tidak perlu mengulangi apa yang dicakapkan oleh anak.
Jangan terlalu cepat melengkapkan percakapannya sebaliknya sabar menunggu sehingga anak menghabiskan ayat yang ingin diucapkan.
Mengurangkan komunikasi dengan anak dalam keadaan tertekan. Contohnya, jangan bertanya soalan kepada anak dalam situasi yang kelam kabut dan ramai orang.
Gejala gagap sebenarBerikut adalah beberapa tanda atau simptom yang menunjukkan anak kita mengalami masalah kegagapan sebenar:
Anak mengulangi bunyi perkataan.
Anak mengulangi keseluruhan atau sebahagian daripada perkataan-perkataan yang tertentu.
Berlaku sentakan atau gerenyet apabila anak bercakap .
Mata anak berkelip-kelip ketika bercakap
Anak biasanya menahan pernafasan waktu bercakap
Anak mengelakkan daripada menyebut perkataan-perkataan tertentu
Anak seolah-olah takut atau panik apabila cuba untuk melafazkan perkataan-perkataan tertentu.
Kita akan nampak kesukaran yang ketara apabila anak bercakap .
Jika kita mendapati anak menunjukkan gejala ini, eloklah kita membawanya berjumpa dengan ‘speech therapist’ untuk membuat penilaian. ‘Speech therapist’ akan mencadangkan beberapa penyelesaian untuk membantu kita dan anak serta keluarga.